Thursday 4 October 2012

spe pnh cartoon shaun the sheep?best kn katon tu even die xde sora...cute je ngn kambing2 yg demok2 gitu...hihihiihi...mse semester bp tah,my lecturer asked us to do an assignment...yg mn ktorg kna create dialog based on vdeo cartoon shaun yg ktorg pilih...n gna kn sora sndri utk memeriahkan suasana...maka terhasil lah satu vdeo yg sgt bombastik..hahahaha....




Tuesday 15 May 2012

bahan bantu mengajar....model rama-rama dan kucing..

Berkonsepkan botol minuman, maka terhasillah seekor rama-rama yang berkerdipan sayapnya dan seekor kucing yang comel rupanya. Model ini boleh digunakan untuk dijadikan permainan kepada kanak-kanak dalam mencuri hati mereka ketika mahu memberikan jagarawatan.


tara.........!!!




                                           pandangan sisi....

















                                     

                                           pandangan atas......





get ready to fly......now everybody can fly...including cat....:P







mereka sudah terbang....




hey mereka melekat di pokok...:)








Monday 16 April 2012

10 video teknologi dan inovasi.

1) Alat bantuan untuk mencucuk jarum.




2)Bayangkan dunia tanpa jururawat.




3)Dunia seorang jururawat


4)Jururawat baik vs jururawat tidak baik.

5)Jururawat di rawatan kecemasan.


6)Jururawat sebagai peguambela kepada pesakit.

7)Kesilapan jururawat.


8)Cara mengambil hati kanak-kanak.

9)Robot untuk mengangkat pesakit.

10)Tugas seorang jururawat.

Sunday 15 April 2012

10 foto teknologi dan inovasi

                                 
1)Mesin mencuci tangan secara automatik.

Mesin yang berteknologi tinggi ini mempunyai 2 fungsi iaitu mencuci tangan secara automatik di pergelangan tangan hanya dalam masa 15 saat untuk menyingkirkan hampir semua patogen dan juga mampu untuk mengesan sama ada kakitangan kesihatan telah mengggunakan gel alkohol sebelum dan selepas memberikan rawatan kepada setiap pesakit melalui rekod mesin tag pengenalan yang dipakai oleh kakitangan.

Ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti  menjimatkan penggunaan air  dengan mengurangkan sebanyak 75 peratus daripada penggunaan air yang diperlukan untuk mencuci tangan dan menggunakan teknologi hijau serta pembasuhan ini  tidak menjejaskan flora semula jadi yang terdapat di kulit.

Selain daripada berfungsi untuk membasuh tangan dengan  cepat, mudah dan menyeronokkan, sistem ini juga meningkatkan pematuhan menjaga kebersihan tangan sehingga 400 peratus pada masa yang sama meningkatkan kualiti kulit dan mendapatkan kesan antimikrobial sehingga 6 jam.










2)Alat pemindahan berkonsepkan kerusi roda.


Bertujuan untuk membantu orang yang kurang upaya dari segi fizikal, "IX" adalah satu alat pemindahan jarak pendek untuk memindahkan pesakit dari satu tempat ke tempat lain dengan lebih mudah.

Peralatan berteknologi ini sangat  ideal untuk digunakan di tempat-tempat awam seperti hospital. Tambahan pula, alat pemindahan ini bukan sahaja mengurangkan bantuan yang diperlukan oleh orang kurang upaya tetapi juga mengurangkan bebanan ke atas jururawat dan penjaga.

Pesakit akan diposisikan di hadapan tempat duduk pengguna, kemudian alat ini akan mengangkat pesakit ke atas untuk bergerak  dari satu tempat ke tempat yang lain dengan meluncurkan pesakit apabila sampai ditempat yang ingin dituju seperti atas kerusi, katil, atau pun tempat duduk tandas dalam pada masa yang sama meminimumkan sebarang kesilapan yang mungkin akan berlaku yang boleh menjejaskan keselamatan pesakit. 








             3)AccuVein mampu melihat urat melalui kulit.

             Pernahkah ketika menderma darah, lengan anda dicucuk beberapa kali sebelum urat yang betul dipilih?Dengan AccuVein AV300, semua kengerian dan mimpi ngeri boleh menjadi perkara yang sudah berlalu tanpa perlu dilalui lagi.

Ia berfungsi menggunakan inframerah kerana hemoglobin dalam darah menyerap cahaya inframerah. Apabila AccuVein diletakkan  kira-kira 25cm dari atas kulit, urat akan kelihatan daripada tisu sekeliling dan seterusnya dapat membantu mengenalpasti lokasi  urat untuk tujuan mengambil sampel darah atau mencari tapak  IV.

Selain itu, AV300 direka khusus untuk menjadi peranti mudah alih dan dikendalikan oleh bateri serta ia dapat digunakan walaupun berada di kawasan luar bandar (berfungsi dengan sempurna dengan pengecas solar dan bateri boleh dicas semula

Antara ciri-ciri AV300 AccuVein yang lain adalah: -

• Mudah untuk belajar dan senang untuk digunakan - Tiada penentu ukuran
pra-guna atau penyelarasan yang diperlukan kerana ia boleh digunakan serta-merta.
• Saiz Kecil AV300 sesuai untuk diaplikasikan menggunakan tangan dan hanya seberat 10 auns.
• Bebas untuk memilih-Sama ada untuk memegang AV300 dengan menggunakan tangan AV300 atau tetapkan dalam aksesori hand-free
• Tidak perlu untuk disentuh kepada pesakit- kerana AV300 telah direka untuk menjadi peralatan tanpa sentuhan malah tidak perlu disterilkan setiap kali selepas digunakan.
• Mampu berfungsi dalam cahaya atau gelap
• Bateri yang boleh cas semula dan tidak perlu dipasangkan ke dalam soket elektrik.
• Toleran kepada pergerakan -AV300 mampu menunjukkan urat dalam masa nyata apabila dikendalikan dengan betul,  malah peranti ini mampu toleran walaupun dalam keadaan pesakit itu bergerak.








 4)Robot yang mampu mengangkat pesakit.

Berbentuk seperti teddy bear, RIBA 2 sangat lembut untuk disentuh dan bertindak balas kepada arahan suara .Selain itu, ia juga mampu mengangkat pesakit sehingga 80kg (176 lbs) dari lantai dan ke atas kerusi roda. .Kehadiran penjaga atau jururawat diperlukan bagi memantau dan membantu tugasan robot dalam mengangkat dan menurunkan pesakit.

RIBA 2 mempunyai ciri-ciri yang unik kerana mempunyai kemampuan untuk membongkok ke bawah dan mengangkat pesakit dari peringkat lantai, yang mana merupakan tugas fizikal yang paling berat untuk dilakukan oleh penjaga terutamanya kepada jururawat.

Model ini direka menggunakan sensor yang diperbuat sepenuhnya daripada material getah. Getah ini dinamakan "Smart" sensor yang dipasang di lengan robot dan dada untuk memberi panduan dalam ketepatan  pada sentuhan yang membolehkan robot untuk mengesan dengan pantas berat badan seseorang hanya melalui sentuhan sahaja.







          
5)    Model stetoskop elektronik.

Model stetoskop elektronik ini adalah stetoskop yang mempunyai aplikasi Bluetooth. Stetoskop ini bukan hanya memberikan kualiti bunyi yang luar biasa, bahkan mempunyai keupayaan merakam bunyi dan memainkannya semula  serta model yang mesra pengguna. Rakaman tersebut boleh dipindahkan ke komputer secara wayarless untuk dianalisis dengan lebih lanjut ataupun dikongsi sesama doktor yang lain.

Selain itu, model ini juga mempunyai Pengurangan Bunyi Ambient (ANR) Teknologi yang berfungsi untuk mengurangkan bunyi ambient sebanyak 85% dan membesarkan bunyi sebanyak 24 kali.

Antara kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam model ini adalah:

• Ia boleh digunakan di dalam persekitaran yang bising semasa melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pesakit kerana ia dapat mengurangkan bunyi dengan menggunakan Ambient (ANR) teknologi bagi mengurangkan purata 85% daripada bunyi latar belakang yang tidak diingini.
Model ini mempunyai spesifikasi amplifikasi bunyi yang boleh dilaraskan sendiri oleh pengguna. Oleh itu, ia lebih mudah untuk mengesan bunyi jantung yang sukar untuk didengari seperti S3 gallops, regurgitasi murmurs serta bunyi paru-paru yang tidak normal.
sebarang bunyi yang telah direkodkan boleh dismpan di dalam rekod perubatan, dikongsi, atau dikaji semula dalam talian dengan menggunakan teknologi bluetooth.

                       






6)Jarum bebas kesakitan

Jarum bebas kesakitan adalah peranti kecil guna yang memberi kesan kebas di tempat suntikan dengan menyejukkan kulit di kawasan sekitarnya.
 
Jarum ini berfungsi dengan memberi aliran kebas kepada kulit sebaik sahaja hujung jarum menyuntik kulit. 

Selain itu,  ia direka untuk bekerja secara ergo-nomically dengan picagari dan boleh digunakan sama ada oleh pengamal tangan kanan atau kiri bagi suntikan tangan tunggal.







 
 7)Medtronic mySentry untuk memantau paras gula melalui kawalan jauh.

Peranti mySentry merupakan monitor glukosa kawalan jauh yang digunakan di rumah mahupun hospital untuk mengawasi paras glukosa  dan status pam insulin pesakit. Melalui peranti Outpost mySentry yang diletakkan di dalam bilik pesakit, ia berhubung secara wireless  kepada  MiniMed Medtronic Paradigm Real-Time Revel yang merupakan monitor glukosa dan sistem pam insulin.

            Outpost mySentry ini membolehkan jururawat untuk memantau pesakit daripada kedudukan 50 kaki atau lebih. Ini bermakna bahawa alat ini  boleh memantau paras glukosa pesakit dalam satu bilik sementara jururawat berada di kaunter.
Ia juga berfungsi untuk memantau pam insulin melalui sensor information tanpa perlu pergi ke bilik pesakit  untuk memantau pam insulin tersebut.

Selain menunjukkan bacaan paras glukosa, mySentry juga akan membunyikan penggera untuk menandakan bahawa perubahan yang tidak normal akan berlaku dalam paras glukosa pesakit. Jadi, ia dapat memberi isyarat kepada jururawat untuk mengambil tindakan segera sekiranya paras glukosa melebihi ataupun kurang daripada paras normal yang telah di setkan bagi membantu menangani masalah yang biasa berlaku seperti hipoglisemia pada waktu malam. Penggera dan isyarat bunyi yang kuat akan dihasilkan dan kelantangan boleh diselaraskan ke tahap yang di inginkan.







  8)Portable DeGerm-inator Ultraviolet Sanitizer

Model ini merupakan model yang selamat digunakan dan pantas kerana dapat membunuh kuman pada permukaan dalam masa beberapa asat sahaja. Model ini terbukti berkesan untuk kawalan jangkitan di hospital-hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan yang lain.

Tambahan pula, model ini mampu memusnahkan bakteria paling berbahaya, bakteria biasa dan virus seperti C-diff, Staph, (termasuk MRSA), E-Coli, Salmonella, virus influenza dan mikroorganisma yang lain, seperti hama.

Selain itu, ia juga dikendalikan oleh bateri dan mudah alih. Model ini  menggunakan penyeragaman kuasa cahaya ultraungu untuk membunuh bau dan bakteria dalam masa beberapa saat

Oleh itu  model ini amat sesuai untuk digunakan oleh jururawat kerana mereka cenderung dan sentiasa terdedah kepada kuman dan bakteria setiap kali melakukan prosedur kepada pesakit dan dapat mengelakkan sebarang jangkitan silang.







 
 9)Soladey berus gigi ionik  tidak memerlukan ubat gigi mahupun bateri.


Soladey Berus Gigi Ionik adalah berus gigi yang tidak memerlukan ubat gigi atau bateri, malah ia lebih berkesan berbanding dengan berus gigi tradisional. Ia mungkin kedengaran luar biasa, tetapi Soladey berfungsi hanya dengan menggunakan cahaya dan air untuk memberus gigi.
Berus gigi Soladey mempunyai rod titanium photosensitive dan menggunakan tenaga cahaya yang menghasilkan ion untuk membuang plak. Apa yang perlu dilakukan adalah mendedahkan berus gigi pada cahaya tiruan atau cahaya matahari dan membilasnya dengan air sebelum menggosok.
Rod berus gigi mewujudkan caj ions yang negatif untuk menarik cas positif ion dalam plak gigi serta dapat membantu untuk mencegah plak, menghalang pendarahan gusi dan membuang kotoran dengan cepat dan berkesan.
Ujian klinikal berus gigi Soladey menunjukkan bahawa ia berfungsi lebih baik daripada berus gigi tradisional dalam menanggalkan plak. Walaupun berus gigi ini mungkin sedikit mahal, tetapi ia lebih murah dalam jangka masa panjang kerana ia tidak memerlukan bateri untuk berfungsi serta tidak memerlukan ubat gigi untuk membersihkan gigi malah dapat memberikan nafas segar dan senyuman yang menawan.








10) Teknologi infrared “thermo mirror”
 
Model ini merupakan termometer yang kelihatan seperti cermin meja yang berfungsi untuk mengesan dan mengenal pasti pesakit yang demam dengan mengukur suhu kulit pesakit tanpa perlu melakukan sentuhan fizikal tetapi menggunakan satu sensor yang ada dalam inframerah.
Suhu badan pesakit tersebut akan dipaparkan di atas permukaan dan peranti ini yang mempunyai penggera akan menghasilkan bunyi apabila suhu badan pesakit tersebut kurang ataupun melebihi daripada paras normal untuk memberi isyarat kepada jururawat untuk mengambil tindakan yang segera.
















Saturday 14 April 2012

penggunaan internet dalam dunia pendidikan..

  Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi satu fenomena biasa pada hari ini seperti penggunaan kapur dan papan hitam pada suatu masa dahulu. Dengan menggunakan internet, banyak strategi dan kaedah baru dapat diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna, menarik dan menyeronokkan. Malah, guru juga berjaya mencapai hasil pembelajaran apabila murid tertarik dan teransang deria mereka untuk memberikan tumpuan terhadap pembelajaran.


  
  Penggunaan internet mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, guru dan pelajar berjaya mendapatkan bermacam-macam maklumat. Hal ini berbeza dengan penggunaan buku yang terhad. Namun demikian,terdapat juga segelintir pelajar dan guru yang tidak tahu bagaimana mahu menggunakan internet sebagai salah satu medium untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dan terdapat juga segelintir daripada mereka yang menyalahgunakan internet sebagai medium hiburan secara berlebihan.



Antara langkah-langkah yang harus diambil untuk menangani masalah ini bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat dan cekap adalah:

1)Latihan teknikal
Penggunaan kemudahan internet dalam kalangan pelajar dan guru bergantung kepada latihan teknikal yang diperolehi. Justeru, pihak panitia sekolah mahupun institusi pengajian tinggi haruslah mengadakan kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran seterusnya memberi peluang kepada guru  untuk menguasai kemahiran ini. Selain itu, para pelajar juga haruslah diberikan latihan teknikal contohnya kursus ataupun dijadikan sebagai matapelajaran tambahan untuk mendedahkan mereka mengenai cara-cara yang betul bagi mencari maklumat menggunakan internet seperti menggunakan enjin carian yang berkenaan bagi mengelakkan penyalahgunaan internet berlaku.

2)Kemudahan pengaksesan
Salah satu faktor lain yang mempengaruhi penggunaan internet dalam kalangan guru dan pelajar adalah disebabkan pengaksesan yang mudah dan pantas. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha peningkatan dan penambahbaikan dalam rangkaian internet di sekolah ataupun institusi harus dilaksanakan dengan menaik taraf lebar jalur dan menukar teknologi internet yang sesuai secara berperingkat demi menampung keperluan kerana perisian yang dicemari virus dan gerak akses yang perlahan akan mengakibatkan guru mahupun pelajar tidak berminat untuk menggunakannya. Hal ini kerana, institusi yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur komputer dan internet memudahkan guru dan pelajar menggunakan faedahnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.


3) Penyediaan kemudahan
Selain itu, kerajaan juga perlu peruntukkan peralatan atau gajet yang bersesuaian untuk mengaplikasikan teknologi dan inovasi dalam pendidikan kepada setiap pelajar tidak lupa juga kepada tenaga pengajar. Dengan adanya peruntukan ini seperti komputer riba, mereka tidak akan rasa terbeban untuk menggunakannya dalam mengakses maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pendidikan terutamanya kepada golongan yang kurang kemampuan malah langkah ini akan menggalakkan dan menarik minat untuk mereka menggunakannya.


4)  Muat Turun Bahan
Pihak panitia sekolah dan institusi pengajian tinggi haruslah melakukan penapisan dan sekatan bagi sebarang bahan yang mahu dimuat turun dan diakses oleh guru dan murid bagi mengelakkan penyalahgunaan kemudahan internet seperti hanya membenarkan memuat turun bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar.
 


5)Pengawasan ibu bapa ataupun penjaga.
Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kemudahan internet berlaku, ibu bapa ataupun penjaga mestilah sentiasa mengawasi kandungan-kandungan yang di akses oleh pelajar ketika berada di rumah. Hal ini kerana, kemungkinan besar pada mulanya mereka mengatakan bahawa mereka mahu mengakses maklumat yang berkaitan dengan pendidika, akan tetapi apabila ibu bapa leka, mereka akan memulakan kegiatan mereka mengakses bahan yang tidak sepatutnya. Oleh yang demikian, murid juga akan terdedah dengan gejala sosial yang tidak terkawal dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk. Hal ini kerana, melayari Internet yang berkonsepkan dunia tanpa sempadan menyebabkan murid lebih mudah mencapai bahan bacaan yang merosakkan akhlak dan lebih teruk lagi apabila mudah terjebak dengan jenayah siber. Implikasi ini menyebabkan murid akan meluangkan lebih masa dengan laman sosial dan mengabaikan pelajaran mereka.